PAS sedia bertanding di Parlimen Sandakan

PESURUHJAYA Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

SANDAKAN: Pas Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan akan datang.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling, berkata perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat PAS Sabah di Kota Kinabalu semalam.

“Walau bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas berbincang dengan beberapa pihak lain, khususnya PAS Kawasan Sandakan dan anggota parti serta penyokong PAS di Sandakan.

“PAS Sabah beranggapan bahawa dalam konteks demokrasi, ini (bertanding pada PRK Sandakan) adalah masa terbaik untuk PAS bertanding selepas pilihan raya umum lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, dipercayai akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu. – BERNAMA

92