Tiga Rumah Musnah Terbakar Di Kunak

Foto Ihsan Pembaca

KUNAK – Selain Tiga buah rumah, Dua kenderaan dan Dua motorsikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Jaya Baru 3, Kunak.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat megeri Sabah dalam kenyataan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.35 petang menerusi MERS999.

Penguasa Bomba Kanan (PBK) II Abdul Rasah Kaluang bersama 10 orang anggota kemudian respons ke lokasi kejadian dengan menaiki dua buah jentera dan dua buah utiliti.

Sebaik tiba, pasukan Bomba memadam dan mengawal kebakaran sebelum menamatkan Operasi pada 10.21 malam.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian terbabit.

Sumber :#BESTAWAUfm

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *