Terjun selepas campak anak

Solanye Virginia Mator dan anaknya Luciano Matos.

California: Seorang wanita mencampak anak lelakinya berusia lima tahun dari balkoni tingkat 20 sebuah pangsapuri di Miami, sebelum dia terjun membunuh diri.

Dalam kejadian Selasa lalu, mayat kanak-kanak itu, Luciano Matos, ditemui berhampiran kolam renang di tingkat enam apartmen berkenaan dalam keadaan tidak sedar diri oleh polis dan bomba kira-kira jam 8 malam.

Daily Mail melaporkan mangsa bagaimanpun, meninggal dunia di Hospital Jackson Memorial manakala ibunya, ditemui sudah meninggal dunia berhampiran kolam renang berkenaan.

Bomba mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga wanita itu melaporkan seorang wanita bernama Solange mengancam mahu terjun membunuh diri.

Polis masih menyiasat motif wanita terbabit membunuh anak dan dirinya. – Agensi

75