Polis Tawau terus giat laksana operasi di kawasan panas

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus – Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

TAWAU: Polis Tawau akan mengadakan operasi secara berterusan di kawasan-kawasan panas sebagai langkah untuk mensejahterakan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata PDRM akan mengadakan operasi besar-besaran melibatkan pelan pencegahan dan pengoperasian PDRM Sabah seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.

“Kita akan melibatkan semua agensi di daerah ini dan sasaran utama ialah operasi dadah, jenayah serta kesalahan yang lain,” katanya hari ini.

Beliau berkata, sepanjang beberapa bulan ini, operasi secara agresif akan dilakukan terhadap kawasan-kawasan panas terutamanya untuk jenayah dadah.

“Bila kita berjaya membuat tangkapan jenayah dadah, secara tidak langsung kesalahan yang lain juga akan turut terkesan,” katanya.

Menurutnya, sempena sambutan Hari Polis hujung bulan Mac ini, pasukan polis Tawau akan menggerakkan anggota untuk menjalankan operasi secara berterusan.

“Kita akan hiasi dan sambut Hari Polis dengan menggempur sarang-sarang jenayah sehingga daerah ini boleh dianggap ‘Tawau Sejahtera’,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *