Putus kepala ketika muntah

Keadaan bas yang terlanggar tiang elektrik di tepi jalan. – FOTO Hindustan Times

New Delhi: Seorang wanita maut dalam keadaan ngeri apabila dipenggal ketika dia menjulurkan kepala dari tingkap bas untuk muntah.

Dalam kejadian di Madhya Pradesh, kepala wanita malang berusia 56 tahun itu terputus selepas terlanggar tiang elektrik di tepi jalan akibat bas dipandu bahaya, kelmarin, kata polis.

Mangsa dikenali sebagai Asha Rani dilaporkan dalam perjalanan dari Satna ke Panna, lapor Hindustan Times.

News18 melaporkan, impak dengan tiang elektrik itu menyebabkan kepala Asha terputus dan terpelanting atas jalan.

Sementara itu, jurucakap polis Inspektor Arvind Kujur memberitahu PTI, pemandu berkenaan sudah ditahan untuk siasatan.

“Kenderaannya juga disita dan siasatan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *