BRASILIA: Seorang remaja berusia 14 tahun menyaksikan sesuatu yang agak menggelikan apabila melihat ratusan labah-labah seolah-olah berterbangan di udara.
Kejadian itu disaksikan João Pedro Martinelli Fonseca, 14, ketika bersama keluarganya dalam perjalanan menuju ke Minas Gerias di Brazil untuk melawat datuk dan neneknya.
Menerusi rakaman video yang tular, araknid berkaki lapan itu kelihatan terapung di langit namun sebenarnya ia tergantung pada sarangnya yang dipintal besar bagi memerangkap mangsa.
Menurut laporan akhbar tempatan dipetik The Mirror, fenomena luar biasa itu disebabkan cuaca panas dan lembap di wilayah itu.
Pakar biologi berkata: “Ia taktik untuk memerangkap lebih banyak serangga sebagai makanan.
“Benang suteranya bertindak sebagai payung terjun, membuatkan serangga kecil itu seperti diawang-awangan.” – Agensi