Budak putus kepala kena baham

NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dalam keadaan terputus kepala selepas dibaham seekor harimau bintang yang masuk ke dalam rumah di utara India.

Seekor Harimau Bintang yang dipercayai memasuki sebuah rumah di Utara India. – FOTO AFP

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian Wasim Akram berada di pangkuan ibunya di dapur sebelum haiwan ganas terbabit yang menyeretnya keluar rumah dan masuk ke kawasan hutan berhampiran.

Mayat kanak-kanak itu kemudiannya ditemui tanpa kepala di dalam kawasan hutan berkenaan.

Kejadian itu adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang yang sama dalam tempoh dua bulan dan antara mangsa termasuk seorang bayi berusia lapan bulan yang dibaham pada 7 Disember lalu.

Pada minggu lalu, seorang sami Buddha mati selepas diserang harimau bintang ketika sedang meditasi di dalam hutan di Maharashtra.

Pihak berkuasa di negeri Jammu dan Kashmir kini memburu haiwan berkenaan selepas mendapat arahan kerajaan untuk membunuhnya. – Agensi

206