‘Bayi ajaib’ selamat dicampak bapa

Bayi perempuan yang masih hidup selepas dicampak bapanya di kolam di baratlau Missouri, Amerika Syarikat. FOTO Agensi

MISSOURI: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan dianggap sebagai bayi ajaib selepas ditemui terapung dan masih hidup selepas dicampak bapanya ke dalam sebuah kolam di barat laut Missouri, Amerika Syarikat.

Bapa bayi berkenaan, Jonathon Zicarelli, 28, menyerah diri di balai polis Greenwood pada Isnin lalu dan tanpa rasa bersalah memberitahu dia mencampakkan anaknya ke dalam kolam serta melihat anaknya tenggelam.

Terkejut dengan pengakuan lelaki itu, beberapa anggota polis segera ke lokasi kejadian dan menemui bayi itu terapung di tengah kolam.

Akhbar The Kansas City Star melaporkan, Zicarelli memberitahu penyiasat dia merancang membunuh anaknya 24 jam sebelum kejadian kerana terlalu tertekan dengan masalah hidup dan ingin memudahkan tugas isterinya.

Jurucakap polis, Greg Hallgrimson berkata, pihaknya terus bergegas ke tempat kejadian beberapa minit kemudian dan menemui bayi berkenaan yang terapung di tengah kolam seperti anak patung.

Mereka segera mengeluarkan bayi yang dalam keadaan terkejut itu dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibalut dengan baju seragam polis untuk mengelakkan daripada kesejukan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *