Kerajaan Alu-Alukan Inisiatif Swasta Dan NGO Promosi Pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usaha syarikat mahupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program berasaskan eko pelancongan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata program eko pelancongan membawa impak yang besar kepada industri pelancongan negeri kerana Sabah menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

“Seperti yang dimaklumkan, Citizen akan menganjurkan program eko-pelancongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Christina (tengah) menyaksikan majlis penyerahan sumbangan daripada Citizen kepada Presiden Lembaga BEFF Dinoza Nahruf (tiga kanan). Gambar SNT/Alfred Petrus

“Sebanyak lima utas jam tangan akan diberikan kepada pelancong bertuah yang tiba di KKIA terutamanya kepada pelancong antarabangsa dari sasaran pasaran mereka seperti China, Korea Selatan, Eropah dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Citizen Eco-Tour 2018 di sini pada Khamis.

Sementara itu, pada program berkenaan Citizen menyampaikan sumbangan sejumlah RM3,000 kepada Festival Filem Borneo Eco (BEFF) atas usaha yang sama dalam mewujudkan kesedaran berkenaan penjagaan alam sekitar terhadap masyarakat. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *