Warisan Sedia Terima Kesemua Wakil Rakyat Dan Ketua Bahagian UMNO Sabah Yang Keluar Parti

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Warisan bersedia menerima 13 wakil rakyat dan 12 ketua bahagian Umno yang telah mengistiharkan keluar parti hari ini.

Shafie yang juga Ketua Menteri berkata keputusan meninggalkan Umno seterusnya menyatakan sokongan terhadap kerajaan pusat dan negeri adalah satu keputusan yang terbaik bagi mereka.


“Saya yakin mereka sudah membuat keputusan dan memikirkannya secara panjang tentang hala tuju politik mereka.

“Saya yakin ketetapan itu amat bertepatan bagi mereka untuk teruskan kerana pada saat ini Umno sebuah parti yang dalam keadaan tidak ada kesatuan di Semenanjung.

“Kita lihatlah apa yang mereka kehendaki, kerana merekapun tidak menyatakan apa-apa. Cuma mereka nyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Warisan,” katanya.-SabahNewsToday

182