80 Cawangan UMNO Kinabatangan Dijangka Sertai Warisan – Saddi


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman menjangkakan kira-kira 80 lebih cawangan Umno di Kinabatangan akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Saddi (kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Mohd Shafie di PPNS hari ini. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Selepas kembalinya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada mengerjakan umrah, beliau akan membuat lawatan ke Sukau bulan depan.

“Satu program akan diadakan yang mana berlakunya kemasukan ahli Umno besar-besaran ke Warisan dengan anggaran seramai 4,500 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu hadir ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) bagi menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Shafie di sini pada Rabu.

Sementara itu, Shafie berkata sokongan Saddi terhadap kerajaan masa kini merupakan satu langkah yang dialu-alukan bagi penyatuan rakyat dalam negeri dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Kita secara terbuka menerima dengan baik kemasukan beliau dalam Warisan.

“Apa yang penting adalah rakyat yang diwakili oleh beliau sudah pastinya membolehkan kita untuk berhubung secara terus dan mudah kerana banyak kawasan di Sabah ini memerlukan bantuan,” jelasnya.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *