Lelaki maut disengat pari

SEKADAR GAMBAR HIASAN

MELBOURNE: Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas disengat ikan pari ketika berenang di pantai Tasmania, kata polis.

Usaha menyedarkan mangsa, yang mengalami denyutan jantung terhenti tengah hari semalam di pantai tidak jauh dari Hobart, tidak berjaya.

“Beliau dikeluarkan dari air oleh rakannya sebelum ketibaan perkhidmatan kecemasan.

“Dilaporkan beliau tidak ditemani sesiapa dalam laut ketika mengalami luka sengatan di bahagian bawah tubuh,” kata kenyataan polis.

Ikan pari tidak dianggap haiwan agresif dan sengatan hingga membawa maut kepada manusia amat jarang berlaku.

Bisanya menyebabkan kesakitan dan boleh mengubah kadar jantung dan pernafasan.

Pada 2006, pakar alam sekitar terkenal Australia dan hos rancangan ‘Crocodile Hunter’, Steve Irwin, meninggal dunia selepas disengat pari ketika melakukan rakaman di Great Barrier Reef di utara negara itu. – Reuters

402