Ditembak mati kerana cinta gila

Lelaki mati ditembak kerena jalin hubungan dengan sepupu berusia 15 tahun. FOTO AFP

LAHORE: Lelaki yang sudah berkahwin mati ditembak kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita bujang yang juga sepupunya yang baru berusia 15 tahun.

Bapa dan abang remaja berkenaan menembak mati lelaki berusia 27 tahun itu di Martung, daerah Shangla, semalam, lapor portal berita Pakistan.

Pegawai kanan polis memberitahu media, bapa remaja itu mengesyaki anaknya ada hubungan sulit dengan sepupunya menyebabkan dia mengambil tindakan atas alasan untuk melindungi maruah keluarga.

Lelaki yang ditembak mati itu mempunyai empat anak manakala remaja itu belum berkahwin, kata polis.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah membuka fail mengikut Seksyen 302 dan 311 di bawah Kanun Keseksaan Pakistan membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Bapa kepada lelaki yang dibunuh berkata, anak lelaki dibunuh ketika sedang bekerja di ladang. Selepas membunuhnya, suspek terbabit membunuh remaja berkenaan.

Dia juga telah mendaftarkan aduan mengenai pembunuhan itu di balai polis Martung.

Penduduk tempatan berkata, satu mesyuarat pemimpin tempatan telah diadakan mengenai perkara itu seminggu lalu dan ahlinya telah memutuskan bahawa remaja dan lelaki itu sepatutnya berkahwin. – Reuters

200