Musa Aman didakwa atas pertuduhan rasuah petang ini

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka berdepan 35 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi mengesahkannya dan mendedahkan pertuduhan itu membabitkan beberapa kes konsesi pembalakan di Sabah yang dianggarkan bernilai AS$60 juta (RM250.05 juta)

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dipanggil SPRM jam 8.30 pagi tadi dan dijangka didakwa di mahkamah jam 3 petang ini.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan menjelaskan Musa ditahan selepas pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

“Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan, Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen jam 2 petang ini untuk pertuduhan berkenaan.

BIODATA MUSA

Tarikh Lahir: 30 Mac 1951

Usia: 67 tahun

Jawatan:

* ADUN Sungai Sibuga

* Bekas Ketua Menteri Sabah ke-14 (27 Mac 2003 – 9 Mei 2018)

* Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah

* 20 Mac 1999, dilantik Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah

* 27 Mac 2001, dilantik Menteri Kewangan Sabah.

* Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO

* Bekas Pengerusi Yayasan Sabah

Keluarga:

* Isteri, Puan Seri Rafidah Tussin

* Memiliki 4 orang anak

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *