Musa Aman dibawa ke mahkamah

Kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 1 tengah hari. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 1 tengah hari.

Beliau dibawa menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard hitam diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Musa ditahan berhubung siasatan kes rasuah selepas suruhanjaya itu mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan dibuat jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *