Musa Aman tiba di mahkamah

MUSA Aman hadir bagi menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini pada jam 1.25 tengah hari untuk didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen 8 bagi dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Pendakwaan akan dijalankan oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Musa diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Musa ditahan pada jam 10.05 pagi tadi berhubung siasatan kes rasuah selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Musa ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *