‘Astagfirullah, tolong kasihan, Jangan!’

Petikan rakaman menujukkan orang ramai menjarah barangan bantuan yang dibawa pekerja. – FOTO Youtube Tribunnews

“Astagfirullah, tolong kasihan, Jangan!” rayu pekerja membawa barangan bantuan kepada orang ramai yang menahan lori membawa barangan makanan sebelum menjarah barangan terbabit.

Media Indonesia melaporkan ada pekerja bantuan yang menangis ketika merayu kepada orang ramai supaya tidak ‘merompak’ barangan terbabit.

Rakaman video yang tersebar di media sosial kelmarin, menunjukkan sekumpulan penduduk mengerumuni sebuah lori bantuan dan mengambil barangan dibawanya.

Menurut keterangan daripada video berkenaan, lori itu membawa bekalan makanan dan keperluan lain dari Makassar untuk mangsa gempa bumi di Palu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila kejadian itu dan di mana lokasi ia berlaku.

Sumber : Agensi

259