Pemandu baik hati

Pemandu berkenaan dilihat keluar dan kereta dan pergi ke arah warga emas sebelum menggendongnya melintas jalan. – Daily Mail

BEIJING: Seorang pemandu yang baik hati mencuit hati pengguna Internet apabila dirakam menggendong seorang warga emas untuk membantunya melintas jalan yang sibuk.

Rakaman video menunjukkan pemandu terbabit keluar dari keretanya untuk menawarkan bantuan kepada pejalan kaki uzur berkenaan selepas tidak sampai hati melihatnya berdepan kesukaran melintas jalan di Suzhou, lapor Daily Mail.

Kejadian itu hanya beberapa bulan selepas seorang anggota polis di barat daya China dipuji orang ramai kerana menggendong seorang lelaki tua melintas jalan raya.

Kejadian terbaru itu berlaku di luar hospital, baru-baru ini, lapor rangkaian berita tempatan, Jiangsu Public Channel.

Menurut Selasa lalu itu, lelaki terbabit berdiri di tengah jalan atas lintasan zebra dengan sokongan tongkatnya.

Dia nampak seolah-olah menghadapi kesukaran kerana tidak bergerak kira-kira seminit dengan kereta lalu-lalang, walaupun semua kenderaan yang lalu diperlahankan dan dipandu berhati-hati untuk mengelaknya, kata seorang anggota polis.

Melihat kejadian itu, seorang pemandu menghentikan keretanya di depan lintasan berkenaan sebelum turun dan pergi ke arah warga emas terbabit. Mereka dilihat berbual seketika sebelum pemandu itu menolongnya melintas.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu pemandu berkenaan tiba-tiba mencangkung di depan lelaki terbabit dan menggendongnya ke seberang jalan dengan selamat.

Anggota polis trafik, Lu Bo memuji kesabaran pemandu lain menunggu dua lelaki terbabit selamat melintas jalan. Dia turut mengingatkan pemandu boleh disaman, selain ditolak markah merit jika enggan berhenti untuk pejalan kaki di lintasan yang disediakan.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *