123 anak penyu gergasi dicuri

Anak penyu gergasi bersebelahan telur penyu gergasi di pusat pembiakkan di Taman negara Galapagos, Ecuador. – FOTO AFP

SEJUMLAH 123 anak penyu gergasi dicuri dari pusat pembiakan di kepulauan Galapagos, kata pihak berkuasa di Ecuador.

“Ia hilang serentak, kesemua sekali berjumlah 123 ekor. Ia adalah satu rompakan,” kata Washington Paredes ketika dihubungi melalui telefon.

Menurut beliau, kejadian terbabit berlaku Selasa minggu lalu.

Pihak pengurusan Taman Negara Galapagos memberitahu, mereka sedang menyediakan kenyataan berhubung insiden di pusat pembiakan di Isabela itu.

Penyu gergasi adalah simbol kesayangan kepulauan itu yang diinspirasikan oleh teori evolusi Charles Darwin.

Kementerian Alam Sekitar berkata, mereka juga akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja memperoleh maklumat secara rasmi.

Parades berkata, pusat pembiakan terbabit tidak memiliki kawalan keselamatan yang amat buruk tanpa sebarang kamera keselamatan atau sistem penggera cahaya.

“Kesemua penyu itu terbiar begitu sahaja. Jika ada orang yang mahu datang pada waktu malam dan mencuri, amat mudah sekali,” katanya.

Pada Jun, 26 penyu dewasa yang diseludup ke Peru berjaya dikembalikan ke pulau berkenaan.

Sebanyak 12 spesis penyu gergasi berada di kepulauan terbabit yang juga tapak warisan semula jadi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : AFP

All from Santa Cruz Island, on the edge of Galapagos National Park. Shown are very old and very rare Galapagos tortoises at the Charles Darwin Research Station,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *