Anifah Tidak Rancang Tubuh Parti Baharu

KOTA KINABALU – Tiga hari selepas Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar dari UMNO, tersebar khabar angin mengatakan beliau akan menubuhkan sebuah parti politik.

Bagaimanapun, ketika dihubungi di sini hari ini, Anifah bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai rancangan menubuhkan sebuah parti yang akan menjadi pembangkang kepada kerajaan baharu.

“Belum ada rancangan,” jawabnya ringkas dalam mesej whatsapp kepada Bernama.

Anifah mengumumkan keluar dari UMNO pada Rabu (19 Sept) selaras dengan ikrarnya untuk bertindak demikian jika beliau tidak lagi dapat memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah menerusi parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tanpa UMNO dan BN berkuasa, perjuangannya untuk mengembalikan hak rakyat Sabah sebagaimana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan sia-sia.

— BERNAMA

124