Kepala tersangkut kaki terjuntai…

Keadaan cemas selepas leher kanak-kanak tergantung pada buai roda Ferris. Foto Mirror

 

Beijing: Kanak-kanak berusia lima tahun trauma apabila lehernya tergantung pada buai roda ferris di ketinggian 48 meter di sebuah taman tema di timur China.

Kanak-kanak terbabit berkunjung ke Yuhuan Park, bandar Taizhou di wilayah Zhejiang bersama ibunya, Liu dikatakan menaiki roda ferris itu bersendirian.

Kejadian berlaku apabila dia cuba duduk di atas besi pengunci tingkap buai itu tetapi tergelincir keluar menyebabkannya hampir terjatuh.

The Mirror melaporkan rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu ketakutan sambil menjerit dari atas dan ibunya hanya mampu memerhatikannya.

Beberapa saksi melihat kejadian menjerit ketika buai berpusing dan sampai ke puncak.

Operator tidak mampu berbuat apa-apa dan terpaksa menunggu buai itu sampai ke bawah sebelum kanak-kanak terbabit diselamatkan.

Dia kemudian dihantar ke hospital dan mengalami lebam di leher sementara pihak berkuasa dilaporkan menghentikan operasi roda ferris itu bagi membolehkan siasatan dilakukan. – agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *