Cikgu Raymond Weil Penerima World Changer Award Atas Sumbangan Dalam Sukan Pendidikan Khas

KENINGAU : Cikgu Raymond Weil Garagus, guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, telah dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Februari 2024 oleh Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas terutamanya dalam melatih mereka dalam bidang sukan olahraga.

Read More

Cikgu Faizah Shokri Penerima World Changer Award Atas Sumbangan Dalam Pendidikan Khas

KENINGAU : Cikgu Nurfaizah Binti Mohd Shokri, guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, yang merupakan juga ketua unit pendiddikan khas di kolej itu, telah dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Oktober 2023 oleh Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas.

Read More

Cikgu Stefanus Lucas Finalis Malaysia Teacher Prize 2023 bernilai RM 50,000

KOTA KINABALU : Encik Stefanus Lucas, kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana pendidikan khas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga Julai 2024 dengan tajaan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, dan sebelum ini merupakan seorang guru muzik di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Putatan, telah berjaya menjadi salah seorang 10 finalis terbaik bagi anugerah guru paling berprestij di Malaysia iaitu Malaysia Teacher Prize yang menawarkan hadiah wang berjumlah RM 50,000.00 kepada seorang pemenang.

Read More

Guru Sabah Terima Anugerah Youth Achievement Record Di Jakarta

KENINGAU : Dr. Sirhajwan Idek, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah menerima anugerah Youth Achievement Record yang disampaikan oleh YB Adam Adli, timbalan menteri belia & sukan Malaysia, pada 2 September 2023 di Ritz Carlton Pacific Place Hotel, Jakarta, Indonesia, semasa ASEAN Future Generation Business Forum yang merupakan salah satu acara sampingan ASEAN Summit.

Read More