Cikgu Nurazilah Raih Anugerah Melalui Deklamasi Puisi Di Festival Seni Antarabangsa

KENINGAU : Nurazilah Othman, guru Bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau, telah meraih anugerah hadiah pertama di festival seni dalam talian ‘Art Marathon in Greece” anjuran Monolit Festival pada 20 Januari 2023.

Puisi yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Dunia Semakin Tenat’ itu boleh diakses melalui pautan YouTube: https://youtu.be/4yZV4VqWyH4

Puisi hasil karya Nurazilah ini merumuskan bahana persengketaan dan pergaduhan yang semakin kerap di kalangan masyarakat yang rakus dengan harta dan pangkat sehingga mengabaikan nilai-nilai murni.

Penulis memberi amaran bahawa sikap sebegini boleh menyebabkan manusia alpa dengan tanggungjawab mereka dalam memastikan keamanan sejagat.

Nurazilah Othman yang merupakan seorang pencinta dan penggiat seni pernah merangkul beberapa anugerah berprestij termasuklah Simon Greenall Award pada tahun 2021 dan ELTons Innovation Awards pada tahun 2022 melalui projek seni “Dau Dau” yang diasaskanya bersama beberapa rakan gurunya.

Dia juga pernah memenangi tempat pertama dalam anugerah guru cemerlang kokurikulum sekolah menengah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada tahun 2022 dan 2021.

Pengarah kolej itu, Puan Christine Stanislaus Kinsik, menyatakan rasa bangga dengan pencapaian itu kerana ianya mampu menggalakkan para guru untuk lebih aktif dalam penghasilan karya penulisan dan seni yang boleh membantu mereka menjadi lebih kreatif .

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *