Pelajar Sabah Bentang Inovasi Penapis Air Di Persidangan Antarabangsa Dalam Talian

KENINGAU : Lima orang pelajar jurusan teknologi elektrik dari Kolej Vokasional keningau telah membentang projek inovasi mereka di persidangan International Ankara Multidisciplinary Studies Congress yang berlangsung dari 27 sehingga 29 Januari 2023 yang berpusat di Ankara, Turkiye.

Persidangan itu dihadiri oleh pembentang dari 32 buah negara.

Pasukan itu terdiri daripada Denver Eldie, Javier Junior Joseph, Awang Faiezul Asnan, Hernandez Stanley and Zurainnizah Omar.

Mereka telah mencipta mesin penapis air yang boleh mengurangkan penggunaan air dalam rumah dan membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan air bersih.

Inovasi ini mampu menjernihkan air yang telah digunakan di dalam rumah untuk aktiviti-aktiviti membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan mandi agar ianya boleh digunakan semula untuk tujuan yang sama.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Christine Stanislaus Kinsik, memuji usaha para pelajar ini yang menggunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi elektrik untuk menghasilkan inovasi yang boleh memberi impak positif kepada masyarakat.

Dia berpendapat golongan anak muda perlu proaktif mencari penyelesaian bagi isu-isu yang dialami oleh komuniti setempat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan mereka yang bertajuk “Bubble Back” boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *