Cikgu Faizah Shokri Penerima World Changer Award Atas Sumbangan Dalam Pendidikan Khas

KENINGAU : Cikgu Nurfaizah Binti Mohd Shokri, guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, yang merupakan juga ketua unit pendiddikan khas di kolej itu, telah dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Oktober 2023 oleh Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas.

Pautan pengumuman guru ini sebagai penerima anugerah itu boleh diakses melalui: https://www.seniainternational.org/nurfaizah-binti-mohd-shokri-october-2023-senia-world-changer-award-recipient/

Cikgu Faizah mula bertugas sebagai guru pendidikan khas di kolej itu sejak tahun 2010 dan telah mula memikul peranan sebagai ketua unit pendidikan khas pada tahun 2021.

Beliau berjaya menngekalkan kecemerlangan para pelajar berkeperluan khas di kolej itu dalam bidang sukan dan memperluaskan lagi peluang-peluang bagi aktiviti seni yang pelajar ini dapat sertai.

Selain itu, beliau juga bersama pasukan gurunya telah melaksanakan beberapa aktiviti bersifat komuniti seperti lawatan jalinan kasih dan hari bertemu pelanggan.

Menurut pengarah kolej itu, Encik Nordin Bin Akup, guru-guru pendidikan khas di institut tersebut sangat berdedikasi untuk memberi pendidikan yang berkualiti dan peluang kepada para pelajar mereka agar dapat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Malah ramai pelajar berkeperluan khas kolej itu telah berjaya memenangi beberapa anugerah termasuklah anugerah berprestij SENIA Student Award pada tahun 2022.

Cikgu Faizah meluahkan rasa bersyukur dipilih sebagai penerima anugerah tersebut yang dijadikannya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan lagi kerja-kerja mulia tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *