Rupanya tak mati

DEMSERIA dibawa ke sebuah mahkamah di Medan kerana menipu kematian untuk mendapatkan pencen.

MEDAN: Seorang guru wanita didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu selepas dia memalsukan kematiannya untuk menerima wang pencen dan bayaran insuran selama tujuh tahun.

Demseria Simbolon didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan membuat tuntutan palsu dan berdepan hukuman penjara 20 tahun serta denda.

DEMSERIA dibawa ke sebuah mahkamah di Medan kerana menipu kematian untuk mendapatkan pencen.

Pendakwa raya, Asepte Ginting berkata, Demseria memalsukan kematiannya supaya tidak mengajar selama tujuh tahun tetapi tetap menerima pencen berjumlah Rp435 juta (RM126,177).

“Sejak Januari 2011 sampai Ogos 2018, tertuduh tidak pernah masuk ke kelas untuk mengajar dan melakukan tugasnya sebagai guru. Tetapi dia tetap menerima gaji dan elaun,” katanya.

Menurutnya, suami Demseria, Adesman Sagala dipercayai menjadi dalang yang memalsukan sijil kematian dan membuat tuntutan pencen serta insurans isterinya itu.

Pihak berkuasa mengumpul bukti dan akan mendakwa Adesman dalam tempoh terdekat.

Penipuan pasangan berkenaan terbongkar pada tahun lalu apabila Adesman membuat tuntutan insurans kematian isterinya di sebuah syarikat insurans di sini.

Walaupun meragui sijil kematian wanita itu, pegawai syarikat berkenaan tetap membuat bayaran berjumlah Rp62.4 juta (RM18,096) yang dikreditkan ke dalam akaun Adesman.

Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil kematian wanita itu adalah palsu dan syarikat itu dilaporkan membuat laporan polis.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *