PALEMBANG: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai kekasih seorang gadis cantik yang ditemui mati dalam keadaan hampir busuk dan tangan kanan putus di sebuah hotel di Musi Banyuasin dekat sini semalam.
Tribunnews melaporkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Vera Oktaria, 21, ditemui dalam keadaan bogel dengan tangan kanannya putus di dalam bilik berkenaan yang disewanya bersama teman lelakinya.
Vera yang berkerja di sebuah pasar raya di Palembang dilaporkan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sebelum mayatnya ditemui di bilik berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mayat wanita itu ditemui oleh seorang pekerja hotel itu yang curiga dengan bau busuk di dalam bilik berkenaan.
“Menurut buku daftar, bilik itu didaftar atas nama seorang lelaki yang dipercayai kekasih mangsa.
“Kami kini memburu lelaki itu yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan ini,” katanya. – Agensi