Agih Daging Korban Kepada Lebih 700 Penduduk

TAWAU: Lebih 700 penduduk menerima daging korban dalam Program Korban Perdana Kukusan 2022, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan merangkap Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Rina Jainal berkata, pihaknya menetapkan pengagihan daging korban diberikan kepada golong asnaf yang layak tanpa terikat dengan pegangan parti politik penduduk.

“Program ini mendapat kerjasama daripada tujuh buah masjid sekitar Kukusan, empat agensi kerajaan dan satu badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai sukarelawan.

“Sukarelawan khususnya daripada masjid juga diminta menyediakan senarai penerima asnaf dari kawasan masing-masing bagi memudahkan agihan dilakukan,” katanya.

Menurut Rina, pihaknya menetapkan penerima hendaklah terdiri daripada golongan layak menerima tanpa tertakhluk kepada parti politik tertentu sahaja.

“Ini kerana menjadi tugas saya sebagai ADUN kawasan untuk menjaga kebajikan semua penduduk Kukusan dan hendak memastikan daging korban sampai ke tangan individu yang layak,” katanya.

Rina berkata, sebanyak sepuluh ekor lembu dikorbankan pihaknya dalam program, semalam, dan lima daripadanya disumbangkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu Group Sdn Bhd.

“Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam menjaga kebajikan penduduk di Kukusan.

Antara sukarelawan yang terdiri daripada ahli kariah masjid, badan NGO dan agensi kerajaan di Program Korban Perdana Kukusan 2022.

“Ini adalah program korban pertama Pejabat ADUN Kukusan selepas saya menang dalam pilihan raya negeri lalu akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Antara masjid terlibat adalah adalah Masjid Nurul Taqwa, Masjid Al-Falah, Masjid Jabal Nur, Masjid Nurul Huda, Masjid Al-Ikhlas, Masjid Baitulrahman dan Masjid Al-Jiddan.

Manakala agensi kerajaan terlibat adalah Angkatan Pertahankan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) serta Persatuan Pemilik/Pemandu Teksi Rumpun Melayu Tawau (PERSARUM) sebagai badan NGO.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *