Pemuda bogel geledah barang ditangkap

SEMASA diberkas, suspek didapati tidak memakai pakaian.

TAWAU: Misteri salakan anjing di sebuah rumah kosong terjawab apabila seorang pemuda yang berbogel dikesan menggeledah barang di dalam bilik kediaman terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Nor Azizulkifli Mansor berkata, kejadian itu dilaporkan di Kg Ranggu Batu 12 di sini, kira-kira jam 12. 15 tengah malam, Sabtu.

SEMASA diberkas, suspek didapati tidak memakai pakaian.

“Suspek, seorang pemuda warga asing, 23, yang tidak mempunyai dokumen keterangan diri ditangkap dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Nor Azizulkifli berkata, polis menerima laporan daripada pengadu bahawa kejadian itu berlaku di rumah ibu saudaranya yang terletak bersebelahan dengan kediamannya.

Menurutnya, pengadu curiga dengan salakan anjing terbabit sebelum memeriksa keadaan di rumah itu yang ditinggalkan kosong kerana ibu saudaranya tinggal di Jalan Damai.

SEMASA diberkas, suspek didapati tidak memakai pakaian.

“Semasa memeriksa rumah terbabit, pengadu menemui seorang lelaki tidak dikenali yang sedang menggeledah barang di dalam sebuah bilik sebelum suspek cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun pengadu berjaya menangkap suspek di bahagian dapur dan semasa ditangkap, pemuda itu berada dalam keadaan berpeluh dan tidak berpakaian,” katanya.

SEMASA diberkas, suspek didapati tidak memakai pakaian.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek terlibat disyaki memasuki rumah terbabit dengan cara memanjat melalui bumbung di bahagian dapur.

Suspek terbabit juga dilaporkan tidak sempat mengambil barang dari dalam rumah itu dan siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan).

Utusan Borneo difahamkan, pemuda berkenaan bertindak menanggalkan pakaiannya semasa menggeledah barang akibat tidak tahan dengan keadaan panas di rumah terbabit. – Utusan Borneo

SEMASA diberkas, suspek didapati tidak memakai pakaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *