Mayat Kanak-Kanak Ditemukan Tanpa Tangan & Kepala Disyaki Dibaham Buaya

Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan. – Foto Hiasan

KINABATANGAN : Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Selasa lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, hari ini.

Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan pada 1.50 petang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya hilang.

“Anggota yang hilang ialah kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 7.40 pagi tadi.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada 2.05 petang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *