Pelajar Sabah Raih Tempat Ketiga Pertandingan Menulis Lagu UK

KENINGAU : Anzenikha Zali, pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat tempat ketiga di pertandingan Never Such Innocence dalam kategori penulisan lagu untuk sesi 2022.

Pertandingan anjuran persatuan yang berpusat di United Kingdom itu telah mengumumkan keputusan pertandingan di laman sesawangnya melalui pautan berikut: https://indd.adobe.com/view/6ea5b4a6-9e50-48c7-a3dd-452d80050c13

Lagu yang ditulis oleh Anzenikha yang bertajuk “As Soon As It Happens” merungkai saat-saat gentir berlakunya peperangan yang menyebabkan kemusnahan kediaman orang awam serta kehilangan nyawa dan harta.

Lirik yang dihasilkan juga turut merayu mereka yang telah menjadi mangsa konflik bersenjata agar kekal tabah mengharungi nasib yang menimpa mereka.

Melalui lagu itu, Anzenikha juga menggesa masyarakat sejagat agar bersatu membina dunia yang lebih selamat dan sejahtera.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pencapaian pelajar terbabit dan berasa terharu dengan mesej yang disampaikan melalui hasil karyanya.

Dia berharap agar budaya seni penulisan dikalangan pelajar terus diterapkan dari masa ke semasa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *