Arab Saudi Sambut Aidilfitri Esok

Tinjauan di balai cerap Tamir mahupun Universiti Majmaah di Hautat Sudair tidak dapat mengesan anak bulan Syawal.

RIYADH : Mahkamah Diraja Arab Saudi menetapkan bahawa 2 Mei (esok) adalah Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam di negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette.

Berdasarkan laporan Mahkamah Agung, hari ini (Ahad) akan menjadi hari terakhir umat Islam di Arab Saudi menjalani ibadah puasa.

“Mahkamah Agung menyatakan bahawa berikutan laporan yang diterima daripada mahkamah berdasarkan keterangan mereka yang pakar dalam bidang itu, anak bulan Syawal tidak kelihatan.

“Oleh itu, ia telah telah diputuskan bahawa Ahad, 30/9/1443H, bersamaan dengan 1 Mei adalah hari terakhir bulan suci Ramadan.

“Oleh yang demikian, hari Isnin, 1/10/1443H, bersamaan dengan 2 Mei adalah hari pertama Aidilfitri,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Arab Saudi.

Terdahulu, anak bulan Syawal tidak dapat dilihat dari balai cerap Tamir mahupun balai cerap Universiti Majmaah di Hautat Sudair pada Sabtu. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *