Cikgu Hidayu Juara Penyampaian Cerita Di Festival Seni Amerika Syarikat

KENINGAU : Hidayu Bedesly, guru pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat hadiah pertama di festival seni “American Charm” dalam kategori penyampaian cerita pada 15 Julai 2022.

Cerita rakyat yang bertajuk “Puteri Nunuk” yang disampaikan oleh Cikgu Hidayu boleh ditonton melalui pautan berikut: https://youtu.be/ZSxau9T_Vrw

Cerita rakyat ini berkisarkan seorang puteri yang tinggal di sebuah pokok yang dipanggil pokok nunuk. Puteri ini dipercayai memiliki kuasa ajaib dan dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang ingin mengeksploitasi kebolehannya untuk kepentingan diri.

Namun insiden ini berubah apabila munculnya satu makhluk yang tidak disangka. Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, bertambah yakin dengan bakat dan potensi para guru-guru di institut tersebut dalam bidang seni persembahan dan seni penulisan.

Dia teruja dengan pencapaian guru ini yang mampu membakar semangat guru-guru lain di kolej tersebut agar berusaha untuk mengasah bakat dan minat mereka dalam bidang seni ataupun bidang lain.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *