
TAWAU : Sebanyak 80 rumah di penempatan atas air dekat Kampung Sri Aman, Batu 3, Jalan Apas di Tawau musnah dalam kebakaran 7.30 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata tiga mangsa yang sesak nafas akibat terhidu asap dilaporkan stabil selepas dirawat Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi.
Menurutnya, api marak dengan pantas disebabkan jarak rumah papan yang rapat antara satu sama lain.
Beliau berkata, 51 anggota termasuk dari BBP Kunak serta Bomba Komuniti Titingan dan Agensi Pertahanan Awam menyertai operasi memadam api.
“Pasukan bomba mengambil kira-kira 80 minit untuk memadam kebakaran sehingga api berjaya dikawal pada 9.20 pagi,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, operasi itu turut disertai agensi lain termasuk polis dengan kekuatan lapan anggota serta tiga kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd.
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah