Bom UXO Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemukan Di Pulau Sibuan Semporna Dimusnahkan

Bom UXO tinggalan perang dunia kedua berjaya dimusnahkan.

SEMPORNA: Bom Unexploded Ordinance (UXO) tinggalan zaman perang dunia kedua yang ditemukan di perairan Pulau Sibuan, di sini berjaya dimusnahkan, semalam.

Proses memusnahkan bom berkenaan dikendalikan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kira-kira jam 3.10 petang.

Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan dalam kenyataan semalam memaklumkan pasukan itu diketuai Leftenan Komander Ghazali Soleman dan dibantu oleh 11 anggota Penyelam Ranjau TLDM.

Katanya, pasukan dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) di Lumut dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan diatur gerak bagi operasi pemusnahan bom UXO bermula Jumaat lepas.

“Siasatan mendapati UXO berukuran tiga kaki panjang dan satu kaki lebar dipercayai bom tinggalan perang dunia kedua sekitar tahun 1945 dengan berat 500 kilogram.

“Hasil Post Blast Investigation (PBI), Penyelam Ranjau TLDM mengesahkan UXO berkenaan adalah jenis Aerial Bomb iaitu bom yang dilepaskan oleh pesawat udara,” katanya.

Menurutnya, Bom UXO berjaya dimusnahkan menggunakan kaedah Blow in Place (BIP), iaitu pemusnahan di lokasi penemuan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang tertinggi dan tiada sebarang kerosakan harta benda serta alam sekitar marin dilaporkan.

“TLDM turut mendapat kerjasama dari agensi lain iaitu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna,” katanya.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *