PRN Sabah: BN Sedia Gerak Solo – Bung Moktar

Bung Moktar Radin

KUNAK : Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata tindakan ini akan diambil sekiranya tiada kesepakatan kerjasama yang dicapai dengan parti-parti lain.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan kerjasama, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi PRN yang dijangka berlangsung selewat-lewatnya tahun depan. Namun, beberapa kenyataan daripada parti tempatan dan pemimpin tertentu di negeri ini membayangkanmereka juga mungkin akan bergerak solo dalam PRN akan datang,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Bung Moktar berkata: “Jika mereka memilih bergerak solo, BN dan UMNO Sabah tidak akan menghalang. Sebaliknya, saya mengajak semua parti yang ingin bertanding secara solo agar bersiap sedia untuk menghadapi tentangan sengit dari kami.”

Beliau berkata BN dan UMNO Sabah juga tidak gentar dan telah mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya tersebut. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *