Pelajar Kosmetologi Bentang Projek Aplikasi Maya Di Persidangan Dalam Talian

KENINGAU : Dua orang pelajar jurusan kosmetologi tahun akhir Kolej Vokasional Keningau, Emelly Teo Sin Yee dan Rechel Richard Saupil, telah membentang projek tahun akhir mereka di persidangan dalam talian ASES Bandirma International Scientific Studies Conference pada 27 sehingga 29 Oktober 2023 melalui aplikasi Zoom. Sebanyak 202 projek dibentang semasa persidangan tersebut oleh peserta-peserta yang berasal dari 20 buah negara di benua Asia, Oceania, Eropah dan Afrika.

Persidangan tersebut adalah anjuran Academy of Scientific and Educational Studies atau lebih dikenali sebagai ASES yang berpusat di negara Turkiye.

Pasukan pelajar ini membentang kertas cadangan bagi projek tahun akhir mereka yang merupakan satu aplikasi mudah alih yang mereka namakan “Cosmeverse”.

Ianya adalah satu permainan dunia maya yang dibangunkan untuk membantu para pelajar jurusan kosmetologi mempelajari topik-topik tertentu melalui simulasi dunia sebenar yang diterapkan dalam aplikasi ini.

Emelly Teo Sin Yee berasa gembira kerana projek tersebut telah menerima maklumbalas yang konstruktif dari golongan ilmiah termasuklah guru-guru di kolej tersebut.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Bin Akup, memuji usaha kedua-dua pelajar ini yang meneroka teknologi digital untuk membangunkan projek yang membantu pembelajaran.

Dia menganggap ini sebagai satu langkah yang bijak memandangkan teknologi digital adalah sangat signifikan pada masa kini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video rakaman pembentangan secara langsung pasukan ini semasa persidangan tersebut boleh diakses melalui pautan Youtube:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *