‘Kantoi’ Lakukan Seks Di Bilik Air… Isteri, Jiran Ditetak Guna Parang Nira! Suami Serah Diri Di Balai Polis

Suspek menyerah diri selepas menetak isteri dan jirannya.

SUAMI mana yang tidak marah apabila melihat isteri sendiri mengadakan hubungan seks dengan jiran tetangga.

Malah perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika kedua-duanya berada di bilik air.

Susulan daripada itu, suami yang berusia 34 tahun menetak isterinya dan jiran menggunakan parang.

Menurut pihak berkuasa, kejadian tersebut berlaku di perkampungan Bakal Julu, Medan Indonesia.

“Kejadian berlaku pada 21 Jun lalu yang mana isterinya berusia 30 tahun manakala jiran, 26 tahun,” katanya.

Pun begitu suspek sudah mengetahui hubungan sulit kedua-dua mangsa ketika mereka berada di Rantau Prapat selepas berjaya menangkap isterinya saling berbalas mesej mesra dengan jiran.

Malah dia telah merampas telefon isterinya dan menghantar mesej kepada lelaki terbabit bagi mengetahui tujuan asal, namun dimaklumkan ia adalah gurauan.

“Semasa hari kejadian, suspek pada asalnya mengambil parang untuk ke kebun bagi mengambil air nira manakala isterinya berada di rumah.

“Pada jam 5.30 petang, ketika dia pulang ke rumah… isterinya tidak kelihatan sedangkan pintu dapur dalam keadaan terbuka.

“Dia kemudian keluar dan melihat pintu dapur jirannya yang bertentangan dengan dapurnya turut terbuka. Tanpa berlengah dia menerjah masuk dan mendengar suara seorang wanita sedang berbisik dari dalam bilik air,” jelasnya.

Pintu bilik air yang berkunci itu kemudiannya dipecahkan suspek sebelum menemukan isterinya sedang berdua-duaan dengan jiran.

Kedua-dua mangsa ketika itu sedang dalam keadaan bongkok membetulkan seluar yang dipakai.

Suspek yang berang kemudiannya menetak kedua-dua mangsa sehingga mengalami kecederaan, namun jirannya itu berjaya melarikan diri.

Dia yang rimas dengan kejadian tersebut menghubungi ketua kampung dan mengaku telah menetak isteri dan jirannya sebelum meminta dihantarkan ke balai polis. – Detik.com

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *