Pelajar KV Keningau, Alesyah Asa Menang Anugerah Emas Kementerian Pendidikan

KENINGAU : Alesyah Asa, pelajar jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional keningau, telah terpilih sebagai penerima anugerah paling berprestij buat pelajar-pelajar kolej vokasional di Malaysia iaitu Anugerah Emas Menteri Pendidikan pada 11 Mac 2023 semasa majlis konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia bagi graduan-graduan tahun 2022.

Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar terbaik secara menyeluruh antara semua kolej vokasional di Malaysia.  Konvokesyen yang berlangsung dari 6 sehingga 11 Mac 2023 itu bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia dan ianya turut dihadiri oleh menteri pendidikan dan timbalan menteri pendidikan.

Alesyah Asa menerima anugerah sebagai pelajar terbaik program teknologi pembinaan di peringkat kebangsaan pada 6 Mac 2023 sebelum dianugerahkan sebagai pelajar terbaik kolej vokasional secara keseluruhan pada beberapa hari kemudian oleh menteri pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Dia menerima plak, sijil dan wang tunai berjumlah ringgit Malaysia tiga ribu.

Alesyah telah menempa banyak pencapaian dan antara kejayaan terbesarnya adalah menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya bergelar 10 finalis terbaik bagi Global Student Prize pada tahun 2022 dan mengetuai pasukan sekolahnya untuk memenangi hackathon anjuran UNESCO pada 2020 dan menerima geran STEM berjumlah empat ribu dari the Awesome Foundation pada tahun yang sama.

Dia juga pernah menyertai program pertukaran pelajar di Korea Selatan pada tahun 2019.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar ini yang berjaya menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar kolej vokasional yang lain bukan sahaja kerana pencapaiannya tapi akhlak, disiplin dan sifatnya yang peramah dan suka membantu orang lain.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman penganugerah tersebut boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *