Gempa Bumi Kuat Landa Sulawesi, Indonesia

Imej Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)

KUALA LUMPUR : Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia, pada 8.34 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 146 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 69 km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *