Warisan Gagal Lebar Sayap Ke Semenanjung

Warisan mampu menang tiga kerusi sahaja berbanding lapan pada pilihan raya umum yang lalu.

KUALA LUMPUR : Warisan gagal dalam cubaan melebarkan sayap dengan bertanding di 25 kerusi Semenanjung selepas calonnya tidak memenangi mana-mana kerusi itu, setakat jam 2 pagi tadi.

Calonnya di Pandan, Ong Tee Keat kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang menang kerusi itu dengan majoriti 48,296 undi.

Manakala Bryan Lai Wai Chong juga gagal dalam pertembungan sembilan penjuru di Ampang yang menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Rodziah Ismail menang di kerusi itu dengan majoriti selesa iaitu 29,681 undi, menurut Bernama.

Parti itu juga terpaksa akur dengan kekalahan mereka di Tasek Gelugor, Batu Kawan dan Jelutong di Pulau Pinang.

Dua kerusi yang dimenangi Warisan di Sabah ialah Lahad Datu, apabila Mohammad Yusof Apdal menang dengan majoriti 6,401 undi dan Kota Belud menerusi Isnaraissah Munirah Majilis dengan majoriti 4,582 undi.

Turut menyumbang kerusi kepada kemenangan Warisan di Sabah ialah presiden parti Mohd Shafie Apdal yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Semporna. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *