PRU15: Madius Berjaya Kekalkan Kerusi Tuaran

Datuk Madius Tangau

TUARAN: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Madius Tangau mengekalkan kerusi Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas mengenepikan pesaingnya dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 233 undi.

Madius yang juga Presiden UPKO memperoleh 24,943 undi berbanding pesaing terdekatnya, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai yang mendapat sebanyak 24,710 undi.

Calon Parti Warisan, Jo Anna Sue Henley Rampas memperoleh 5,728 undi manakala calon parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Muminin Norbinsha sebanyak 445 undi.

Dua calon Bebas iaitu Datuk Noortaip Suhaili @ Sualee yang juga mantan Ketua UMNO Tuaran memperoleh 2,008 undi manakala Setiausaha Agong Persatuan Dusun Sabah, Boby Bin Lewat mendapat 393 undi. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *