Sabah & Sarawak Tentukan Siapa Bentuk Kerajaan, Bukan Parti Malaya

Shafie Apdal

TAWAU: Rakyat Sabah perlu memastikan Kuala Lumpur akan mendengar suara Sabah dan Sarawak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagi membolehkan pembentukan kerajaan dilakukan selepas pilihan raya, Sabah dan Sarawak yang akan menentukan siapa rakan kerjasama, bukan Kuala Lumpur.

Itu peringatan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal terhadap rakyat Sabah yang bakal menentukan nasib calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Kalau kita (Warisan) dapat 25 kerusi, tiada kerajaan boleh dibentuk sekiranya kita bergabung dengan Sarawak.

“Jadi jangan diperbodohkan oleh pemimpin Semenanjung yang datang Sabah tawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Zahid tawarkan jawatan TPM, Anwar Ibrahim juga tawarkan jawatan TPM.

“Jika Sabah dan Sarawak bergabung membentuk kerajaan, kita yang akan tentukan siapa menjadi Perdana Menteri, bukan lagi TPM.

“Namun, bukan jawatan TPM yang kita inginkan sebaliknya, kita mahu hak Sabah dikembalikan seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bukannya kita gila jawatan, sudah dua kali kerajaan tawarkan saya jawatan TPM tapi saya tolak kerana tidak mahu hanya saya seronok pegang jawatan tapi, rakyat Sabah miskin, hanya saya sahaja kaya tapi orang Sabah miskin,” katanya semasa Ceramah Mega Bersama Rakyat Parlimen Tawau dan Kalabakan di sini malam tadi.

Namun, jika MA63 ditunaikan, Sabah akan peroleh royalti minyak dan 40 peratus hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan neegeri ini.

Jadi, rakyat Sabah perlu memastikan kali ini Kuala Lumpur yang akan pandang ke Sabah, gabungan Sabah dan Sarawak bakal membawa angin timur untuk mengubah landskap negara. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *