BN Dijangka Menang PRU15, Ismail Mungkin Jadi PM Lagi

KUALA LUMPUR : Bahagian penyelidikan dan analisis Economist Group di UK meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum kali ini (PRU15), tetapi masih belum dapat dilihat sama ada Ismail Sabri Yaakob akan berkhidmat sepenggal penuh sebagai perdana menteri.

Menurut Unit Perisikan Ekonomi (EIU), walaupun BN akan membentuk kerajaan, ia tidak akan memenangi cukup kerusi untuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“EIU menjangkakan Ismail akan dilantik semula sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, keupayaannya untuk berkhidmat selama lima tahun penuh masih belum terjamin,” kata pakar ekonomi utama EIU, Fung Siu dalam kenyataan.

Fung berkata, Ismail akan diminta berundur untuk memberi laluan kepada Ahmad Zahid Hamidi jika tuduhan terhadap presiden Umno itu digugurkan.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Zahid, yang juga pengerusi BN, sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi serta menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.

Perbicaraan beliau ditetapkan untuk disambung semula pada Januari.

Fung juga berkata, penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun menerusi inisiatif Undi18 mungkin tidak mengubah corak pengundian meluas.

Pengundi akan kembali kepada keutamaan berasaskan kaum, tambahnya.

“Ini berkemungkinan akan mendorong pembentukan kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti kecil yang majmuk,” katanya.

Inisiatif Undi18, bersama pendaftaran pengundi secara automatik, dianggarkan menambah 6.23 juta pengundi baharu untuk PRU15. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *