Tindakan Ke Atas Rubin Jika Sokong Anak Calon Bebas, Kata Hajiji

Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata Riduan Rubin meletak jawatan daripada Bersatu sebelum bertanding sebagai calon bebas di Tenom.

PAPAR: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu sama ada ADUN Kemabong, Rubin Balang, terlibat atau tidak berhubung penyertaan anaknya dalam Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), semalam.

Katanya, tindakan hanya akan diambil terhadap Rubin sekiranya beliau didapati terlibat secara langsung memberi sokongan kepada anaknya yang bertanding sebagai calon bebas di Tenom tapi menyertai KDM untuk menentang Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

“Kita tengok dulu, kalau beliau terlibat secara langsung, kita akan ambil tindakan tapi saya kena minta laporan dulu, walaupun kita nampak beliau bersama anaknya dalam gambar, bukan kempen dan segalanya, kita kena adil kepada semua.

“Tetapi kalau beliau sokong secara terang-terangan, kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan tambahan SMK St Joseph, di sini, hari ini.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.544.0_en.html#goog_1965768367Ads by 

Sementara itu, Hajiji yang juga ketua menteri mengesahkan yang Rubin masih lagi ketua bahagian Bersatu di Tenom namun anaknya, Riduan telah meletak jawatan daripada parti itu sebelum bertanding sebagai calon bebas.

“Riduan meletak jawatan sebelum penamaan calon, jadi kita tidak boleh ambil tindakan, dia tanding (sebagai calon bebas) itu hak dia,” katanya

Terdahulu, Riduan yang menggunakan simbol gajah menyertai KDM selepas pencalonan presiden parti itu Peter Anthony ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon 5 Nov lalu.

Perkembangan itu kemudian menimbulkan rasa kurang senang pemimpin BN yang mendesak supaya tindakan diambil terhadap Rubin.

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, berkata tindakan Rubin itu telah melanggar syarat perjanjian GRS-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Kerusi Parlimen Tenom menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan calon BN Jamawi Jaafar, Riduan (bebas), Noorita Sual (Pakatan Harapan), Ukim Buandi (Warisan) dan seorang lagi calon bebas, Peggy Chaw Zhi Ting. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *