Tiada Calon Perdana Menteri, Warisan Tidak Tamakkan Jawatan

Presiden Parti Warisan, atuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal

SANDAKAN: Tidak menamakan calon Perdana Menteri, bukan bermakna Parti Warisan (Warisan) tiada hala tuju.

Sebaliknya, Warisan bersikap lebih realisitik dengan memberi keutamana kepada usaha meletakkan negara pada landasan yang betul selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, rakyat akan menentukan sama ada Warisan boleh menjadi kerajaan mahupun tidak. Bukan pemimpin politik yang menentukannya.

“Malah, sekiranya dilihat Muhyiddin hanya ada tujuh ahli Parlimen tapi dia menjadi Perdana Menteri manakala, Mahathir pula mempunyai 13 kerusi tapi dia jadi Perdana Menteri.

“Jadi sekiranya kita ada 25 kerusi, kenapa tidak. Kenapa Sabah tidak boleh (jadi Perdana Menteri), Sarawak tidak boleh?,” katanya semasa Majlis Bersama Rakyat di Parlimen Batu Sapi kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan sesetengah parti politik bahawa Warisan tiada hala tuju kerana tidak meletakkan calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu berkata, ketika ini apa yang lebih penting adalah meletakkan negara di landasan yang betul dari segi ekonomi dan kewangan.

Pada masa ini, ramai orang menganggur serta bebanan hutan negara yang banyak harus diselesaikan dengan sebaiknya.

Itu sebabnya Warisan bergerak sendirian dan serahkan kepercayaan kepada rakyat untuk menentukan siapa akan menjadi kerajaaan.

“Ada yang mengatakan kita trojam UMNO, kita trojan Mahathir tapi, saya punya lawan di Semporna, ipar saya yang merupakan orang mereka (Pejuang). Malah, mereka juga bertanding di banyak kawasan. Jadi, jangan dengar tuduhan mereka, itu hanya rekaan semata-mata,” katanya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *