Politik Di Sabah Sedikit Berbeza, Hajiji Beritahu Muhyiddin

Hajiji Noor berkata situasi politik di Sabah unik.

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor menolak pandangan Muhyiddin Yassin mengenai peruntukan kerusi di Beluran selepas presiden Bersatu itu menegaskan ia sepatutnya diberikan kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Hajiji yang juga pengerusi Bersatu Sabah berkata, itu hanya pandangan Muhyiddin.

Bagaimanapun, kata ketua menteri itu, situasi politik di Sabah adalah “sedikit berbeza”.

“Ia ada keunikannya sendiri. Jadi kami uruskan mengikut cara Sabah,” katanya kepada wartawan di sini.-

Malam tadi, Muhyididn yang juga pengerusi PN, mempertahankan usaha bekas Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee bertanding semula atas tiket PN.

Kiandee adalah naib presiden Bersatu dan kerusi itu adalah milik parti itu, kata Muhyiddin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *