Pencalonan Ditolak, Peter Minta Penyokong KDM Bersabar, Jangan Terlalu Emosi

Peter Anthony berkata, masih ada ruang dalam undang-undang untuk membolehkan semakan terhadap keputusan SPR itu kerana beliau masih mempunyai kes mahkamah belum selesai.

KOTA MARUDU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Peter Anthony meminta semua penyokong parti itu bersabar dan jangan terlalu emosi kerana pencalonannya ditolak ketika penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.

ADUN Melalap itu berkata, masih ada ruang dalam undang-undang untuk membolehkan semakan terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu kerana beliau masih mempunyai kes mahkamah belum selesai.

“Mengetahui pencalonan ditolak, saya nampak banyak penyokong kecewa dan ada yang menangis, namun saya katakan ia hanya permulaan kerana kita masih boleh membuat semakan di mahkamah,” katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat di Kampung Minansad di sini.

Sabtu lepas, pencalonan Peter ditolak SPR pada saat-saat akhir, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokongnya.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_395735642https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_395735650Ads by 

Pada 26 Mei lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik di Universiti Malaysia Sabah.

Mahkamah itu juga pada 1 Ogos lepas membenarkan permohonan Peter bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya.

Peter memfailkan permohonan itu bagi membolehkannya bertanding pada PRU15.

Di Kota Kinabalu, calon KDM bagi Parlimen Kota Kinabalu, Liaw Kit Siong berkata, penolakan Peter sebagai calon PRU15 tidak mematahkan semangatnya serta penyokong parti untuk terus berkempen memastikan kemenangan di kerusi itu.

“Bagi saya tiada masalah, perkara itu akan meningkatkan lagi semangat kami kerana KDM parti baharu, jadi kita perlu menaikkan nama KDM ke seluruh negara,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Liaw yang julung kali bertanding dalam PRU15 bertekad merampas kerusi Parlimen itu yang sinonim dengan DAP dan jika diberikan peluang oleh pengundi, beliau mahu meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan Sabah.

Liaw berdepan saingan lima penjuru dalam usaha merampas Parlimen Kota Kinabalu, iaitu bekas penyandangnya Chan Foon Hin (Pakatan Harapan-DAP), Yee Tsai Yiew (Gabungan Rakyat Sabah-Parti Bersatu Sabah), Amanda Yeo Yan Yin (Warisan) dan calon bebas, Marcel Jude Joseph. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *