Pelajar Sabah Raih Tempat Pertama Pertandingan Puisi Haiku

KENINGAU : Siti Nur Hanisah Omar Hashim, pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis haiku di festival seni “Argentine Gathering” yang berlangsung secara dalam talian pada 5 November 2022.

Festival tersebut yang berpangkal di Buenos Aires, Argentina merupakan anjuran Monolit Festivals iaitu sebuah persatuan seni dari benua Eropah.

Hanisah telah menulis 10 puisi haiku dengan menjadikan ibubapa dan suasana sekolah sebagai sumber inspirasi. Haiku adalah puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri.

Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir.

Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar puisi tersebut.

Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi. Hanisah pernah menghadiri beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat melalui aplikasi Google Meet.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini dan berharap agar para pelajar terus menghasilkan karya seni yang mampu meningkatkan kemampuan mereka untuk memelihara warisan budaya, menguasai bahasa Inggeris serta mengasah bakat dalam bidang persembahan, penulisan dan visual.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video rakaman puisi yang disampaikan oleh Hanisah boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *