KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, masih banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya sejak PRU9 pada 1995 ketika bersama Umno, dan PRU14 pada 2018 bersama Warisan.
“Saya belum pasti lagi (pertahan Semporna), saya belum buat keputusan. Kita lihat apabila tiba masanya, saya perlu meneliti perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera PRU15 Warisan Parlimen Putatan di sini malam tadi.
Pada PRU14, Shafie mempertahankan Parlimen Semporna setelah memperoleh majoriti 20,674 undi. – BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost